Husam Tidak Sangka Dipecat Daripada PAS, Ini Pula Penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan




KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan belia tidak menjangka akan dipecat dari Pas.

Katanya, beliau menjangkakan hanya dipanggil oleh jawatankuasa disiplin bagi menjelaskan pertuduhan yang dibuat oleh jawatankuasa terhadapnya.

"Saya jangkakan yang saya hanya akan dipanggil. Itu sahaja. Takkan hanya kerana saya menegur, saya dipecat?" soalnya dalam program Dialog Bersama Husam Musa di sini, hari ini.‎

Beliau dalam pada itu menganggap dirinya masih sebagai ahli Pas memandangnya beliau belum menerima surat rasmi berhubung pemecatannya.

"Saya yakin Pas tidak akan pecat saya. Adakah apa yang saya katakan betul. Kalau betul kenapa saya boleh kena pecat?

"Saya hanya dengar tentang berita itu menerusi media. Selebihnya tidak ada apa-apa. Tidak ada surat rasmi, panggilan telefon, teks yang mengatakan saya dipecat," katanya lagi. - SH


Ikuti pula video penjelasan kesalahan tatatertib, kenapa Dato' Husam Musa dipecat dari PAS oleh Datuk Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung PAS) dalam ceramah Majlis Solat Hajat dan Taklimat Khas Pimpinan di PUTIK Pengkalan Chepa 13 MEI 2016.


Husam Tidak Sangka Dipecat Daripada PAS, Ini Pula Penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan Husam Tidak Sangka Dipecat Daripada PAS, Ini Pula Penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan Reviewed by Admin on 9:42:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.