Polis Temui Pistol Dan 30 Butir Peluru Hidup Dalam Kereta Safee Sali





KUALA LUMPUR - Polis menemui sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup dalam kenderaan milik pemain bola sepak JDT, Safee Sali, yang dipandu seorang pemilik kedai eksesori kenderaan pacuan empat roda (4WD), siang tadi.

BHOnline melaporkan, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis trafik yang sedang membuat sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, sekitar jam 12 tengah hari.

Hasil pemeriksaan ke atas Ford Ranger itu, polis menemui pistol itu dalam beg kuning yang diletakkan di tempat duduk belakang kereta berkenaan. - SH

Polis Temui Pistol Dan 30 Butir Peluru Hidup Dalam Kereta Safee Sali Polis Temui Pistol Dan 30 Butir Peluru Hidup Dalam Kereta Safee Sali Reviewed by Admin on 7:19:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.