Mayat Wanita Ditemui Berhampiran Lokasi Serpihan Helikopter



SHAH ALAM: Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak yang menjalankan operasi menyelamat mengesahkan penemuan mayat wanita berdekatan lokasi serpihan helikopter ditemui, sebentar tadi, lapor Astro Awani.

Menurut Pengarah bomba Sarawak, Nor Hisham Mohamad , pihaknya menafikan berita yang tersebar di laman sosial kononnya sudah dua mayat ditemui.

“Setiap minit kami berhubung dengan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan setakat ini hanya satu mayat wanita yang ditemui.

“Ada maklumat jadi viral yang mengatakan ada dua mayat ditemui. Itu tidak benar,”katanya.

Memetik laporan Utusan Malaysia pula, penemuan mayat pertama itu dipercayai adalah Datuk Noriah Kasnon,Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, memandangkan hanya beliau seorang merupakan penumpang wanita yang menaiki helikopter berkenaan semasa kejadian.

Bagaimanapun pihak bomba belum mengesahkan lagi yang mayat berkenaan adalah Noriah. - Siakapkeli.my

Mayat Wanita Ditemui Berhampiran Lokasi Serpihan Helikopter Mayat Wanita Ditemui Berhampiran Lokasi Serpihan Helikopter Reviewed by Admin on 2:51:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.