Adakah Ini Petanda LGE Akan Didakwa Tidak Lama Lagi?




PETALING JAYA: Siasatan terhadap pemimpin DAP, Lim Guan Eng dipercayai berkenaan dakwaan pembelian banglo di Jalan Pinhorn telah lengkap dan kertas siasatan telah diserahkan kepada Peguam Negara.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan penyerahan kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu kepada Tan Sri Mohamed Apandi Ali adalah selaras dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Sekiranya Tan Sri Mohamed Apandi berpuas hati terhadap keterangan kertas siasatan yang dikemukakan, maka tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil.

“Sebaliknya, sekiranya siasatan SPRM didapati tidak mempunyai keterangan yang mencukupi, maka tiada tindakan undang-undang diambil,” menurut kenyataan yang diterima FMT.

Guan Eng terpalit kontroversi pembelian banglo dua tingkat yang bernilai RM2.8 juta itu sejak Mac, dan seorang Ahli Parlimen UMNO melahirkan kebimbangan samada pembelian banglo pada harga bawah pasaran berkait dengan penjualan tanah milik kerajaan di Taman Manggis.

Media melaporkan SPRM telah memanggil lebih daripada 60 saksi untuk memberi keterangan, malah Guan Eng dan isteri, Betty Chew turut memberikan kerjasama.



Adakah Ini Petanda LGE Akan Didakwa Tidak Lama Lagi? Adakah Ini Petanda LGE Akan Didakwa Tidak Lama Lagi? Reviewed by Admin on 9:48:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.