Wanita Barat Sifatkan Tudung Naelofar ‘Ajaib’



Bila kami buka pesanan, 1 hingga 5 minit sahaja tudung akan habis terjual kepada stokis dan kadang-kadang jualan mencecah RM1.2 hingga RM1.3 juta dalam masa tiga minit sahaja.

“Daripada penjualan tersebut kita boleh lihat ramai percaya dengan kualiti dan harga yang kita tawarkan kerana ianya berpatutan,”katanya kepada sebuah portal online.

Menurut Neelofa, tudungnya sudah terjual di Brunei, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat dan Australia dan pada hujung Jun ini, tudungnya akan mula dijual di Turki dan London.

“Ia sangat luar biasa sebab mereka terkejut dengan koleksi kami. Mereka tidak biasa dengan tudung segera.

“Jadi bila melihat tudung kami, mereka anggap ia ajaib dan automatik tidak seperti tudung mereka yang panjang dan perlu dililit serta menggunakan banyak pin,” kata Neelofa.

Tahniah diucapkan dan inilah contoh artis yang berpandangan jauh. Salute! – MYNEWSHUB.CC

Wanita Barat Sifatkan Tudung Naelofar ‘Ajaib’ Wanita Barat Sifatkan Tudung Naelofar ‘Ajaib’ Reviewed by Admin on 9:54:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.