Kenyataan Rasmi Honda Malaysia Berkenaan Kes Kemalangan Maut



Artikel di bawah diterjemahkan terus daripada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Honda Malaysia Sdn Bhd bertarikh 27 Jun 2016.

Honda mengesahkan bahawa ‘inflator’ beg udara pemandu satu tahap (SDI) Takata telah pecah di dalam sebuah kemalangan pada 26 Jun 2016. Kemalangan tersebut telah mengakibatkan kematian tragik pemandunya. Setakat ini punca sebenar kematian masih belum disahkan. Perhatian dan simpati kami sentiasa berada bersama keluarga mangsa sepanjang waktu yang sukar ini.

Semasa pemeriksaan dengan Polis Diraja Malaysia, Honda telah mengesahkan bahawa ‘inflator’ beg udara pemandu satu tahap (SDI) Takata telah pecah di dalam sebuah kemalangan melibatkan Honda City tahun 2005 pada 26 Jun 2016 di Selangor. Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini termasuk dalam senarai Pembaharuan Produk Malaysia (recall) yang diumumkan pada 21 Mei 2015, yang memerlukan penukaran ‘inflator’ beg udara SDI Takata bahagian pemandu.

Sejak 2015, kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini telah dimasukkan dalam senarai ‘recall’ bagi penukaran kedua-dua ‘inflator’ beg udara Takata bahagian pemandu dan ‘inflator’ beg udara Takata bahagian penumpang. Tiga surat notis ‘recall’ berkaitan‘recall’ ini telah dihantar kepada pemiliknya. Rekod kami menunjukkan pembaikan ‘recall’ tersebut tidak pernah dibuat.

Honda sedang berhubung dengan wakil keluarga pemandu tersebut dalam langkah untuk menyelesaikan sebarang urusan yang berkaitan. Bagi menghormati keluarga mangsa, Honda tidak akan memberi sebarang informasi peribadi.


Bagi pemilik kenderaan Honda yang terlibat dalam ‘recall’ beg udara Takata ini, Honda Malaysia menggesa mereka melakukannya secepat mungkin dengan pergi terus ke pusat pengedar rasmi Honda, layari www.honda.com.my atau hubungi 1-800-88-2020 untuk mengetahui status kenderaan mereka.

Sumber: Careta.my

Kenyataan Rasmi Honda Malaysia Berkenaan Kes Kemalangan Maut Kenyataan Rasmi Honda Malaysia Berkenaan Kes Kemalangan Maut Reviewed by Admin on 1:11:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.