Wanita Ini Rasa Sakit Ketika Kencing, Apabila Diperiksa, Doktor Menemui Sesuatu Mengejutkan


KES seorang wanita berusia 50 tahun yang mengadu kencingnya mengandungi cacing selama tiga bulan telah disifatkan oleh doktor sebagai sesuatu yang aneh.

Wanita yang berasal dari South Carolina itu menemui doktor untuk membuat pemeriksaan dan selain kencing mengandungi cacing, dia turut mengalami kesakitan yang amat sangat ketika membuang air.


Doktor yang merawatnya telah meminta sampel air kencing wanita itu dan mereka terperanjat apabila menemui cacing sepanjang 0.5cm berwarna hitam dan boleh dilihat oleh mata kasar.

Ketika menerangkan mengenai kes berkenaan dalam jurnal BMJ Case Reports, doktor itu memberitahu bahawa ia sebenarnya adalah larva, bukannya cacing.

Wanita itu juga disahkan menghidap myasis dan keadaan ini berlaku pada mereka yang minum air yang tercemar dengan telur lalat.

Kebiasaannya ia berlaku di bahagian kulit, mata dan saluran hidung namun jangkitan pada air kencing merupakan satu keadaan yang luar biasa.

Keadaan itu juga biasanya hanya berlaku di negara membangun dan disebabkan wanita itu menghidap kencing manis maka ia dikaitkan dengan sistem imun yang lemah dengan kapasiti yang kurang untuk melawan jangkitan dan parasit.

Dia juga tidak mengetahui bagaimana jangkitan itu berlaku tetapi wanita itu memaklumkan dia telah berpindah ke Charleston, South Carolina, dari Mexico.

Selepas pemeriksaan dijalankan, doktor memberikan ubat ivermectin, bagi merawat pesakit yang dijangkiti parasit dan seminggu selepas itu kencingnya tidak lagi mengandungi larva. 


Wanita Ini Rasa Sakit Ketika Kencing, Apabila Diperiksa, Doktor Menemui Sesuatu Mengejutkan Wanita Ini Rasa Sakit Ketika Kencing, Apabila Diperiksa, Doktor Menemui Sesuatu Mengejutkan Reviewed by Admin on 12:27:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.