PAS Tidak Layan Permintaan PAN Bincang Kerusi



KOTA BHARU: “Tak perlu bincang dengan PAN di Kelantan mengenai pembahagian kerusi. Mustahil untuk duduk semeja sedangkan mereka yang keluar dari PAS,” kata Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan itu berkata, kalau ingin menjernihkan suasana, sebaiknya mereka kembali semula ke pangkuan PAS.

Beliau berkata demikian kepada media selepas program ‘makan ccolek’ di sini malam tadi.

Sebelum ini Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak perbincangan antara PAS dan PAN khususnya mengenai pembahagian kerusi sempena PRU ke-14.

Beliau yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata DAP tidak bersifat seperti sahabat ketika dalam Pakatan Rakyat sebelum ini.

“Dan sekarang pula DAP mengambil kesempatan di atas perpecahan yang melanda PAS. DAP juga tidak selesa dengan cadangan kita memperkasakan Mahkamah Syariah.

“Maka sudah tentu tak munasabah kita bersama dengan pihak yang menentang tanpa menghormati hak kita orang Islam,” ujarnya.



PAS Tidak Layan Permintaan PAN Bincang Kerusi PAS Tidak Layan Permintaan PAN Bincang Kerusi Reviewed by Admin on 10:52:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.