Tiga Beranak Maut Disembelih Termasuk Seorang Wanita Mengandung



Penduduk kampung digemparkan dengan adanya penemuan 3 mayat di kebun sawit dipercayai  merupakan satu keluarga dalam keadaan cukup tragis pada 16.06.2016

Tiga mayat tersebut merupakan seorang lelaki dewasa, wanita mengandung dan seorang kanak kanak yang dipercayai sebagai mangsa bunuh kerana mempunyai luka-luka tetakan di bahagian badan jasad.

Mangsa wanita yang mengandung dijumpaidalam keadaan bogel dan mempunyai luka di bahagian kaki, paha, serta luka di bahagian leher yang hampir putus.

Manakala mangsa lelaki dewasa dan kanak kanak mempunyai luka tusukan di bahagian punggung, torehan di bahagian kepala dan bekas luka seretan.

Setelah pihak polis menjalankan penyiasatan ke atas ketiga-tiga jasad tersebut, didapati ketiganya adalah satu keluarga yang berkerja sebagai penjual bakso warga Merapi Timur Lahat yang tinggal di Desa Suka Jaya, OKU Timur Lahat, Sumatra Selatan Indonesia. Hal itu disahkan oleh ketua polis Lahat Rantau, Isnur kepada pemberita 17.06 .2016.

Identiti mangsa:

- Giarno 36 tahun (suami)

- Siswanti 35 tahun mengandung (isteri)

- Bagus Pratama 9 tahun (kanak-kanak)


Menurut warga setempat, keluarga mangsa adalah peniaga bakso yang dikenali sebagai satu keluarga yang bahagia dan mempunyai perniagaan yang laris sejak lima tahun lalu.

Semenjak berniaga bakso lima tahun, mangsa sudah mempunyai kedai sendiri, kereta dan juga sudah mampu membina rumah walaupun belum siap. Menurut siasatan, motif pembunuhan dipercayai adalah akibat daripada hasat dengki serta cemburu atas kejayaan mangsa yang mempunyai ramai pelanggan.

Pembunuhan 
sipercayai dilakukan oleh beberapa orang dan seorang jiran mangsa didapati hilang secara tiba-tiba ketika pihak polis membuat siasatan ke rumah mangsa.

Untuk sementara kes dibacakan sebagai lanun bunuh. Rumah mangsa juga didapati berserakan dan beberapa barangan berharga seperti emas, wang didapati hilang.

Tiga Beranak Maut Disembelih Termasuk Seorang Wanita Mengandung Tiga Beranak Maut Disembelih Termasuk Seorang Wanita Mengandung Reviewed by Admin on 11:37:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.