Bunga Kala Jengking di Padang Pasir



Di suatu sudut dunia.

Rekahan tanah akibat tiada air dapat dilihat dengan jelas, tetapi untuk beberapa minggu dan hanya terjadi sekali dalam beberapa tahun, ada satu kawasan akan menjadi satu karpet ungu yang cantik.

Terletak di barat daya kawasan Padang Pasir Mojove, Utah, satu kawasan padang pasir telah ditumbuhi dengan sejenis tumbuhan liar iaitu Bunga Kala Jengking.

Tumbuhan ini dinamakan Bunga Kala Jenging bukan tanpa bersebab. Menyentuh/ memetik bunga ini, dan kemudian kamu akan dapati kulit badan kamu akan meruam.

Bunga Kala Jengking (Scorpion Weed) Rumpai kala Jengking ?

Nama Saintifik : Phacelia
Tinggi : boleh mencapai 18 inci
Akar : Serabut.
Pesat berkembang antara bulan Februari dan Mei.

Berbentuk seperti loceng, dan mempunya 5 kelopak bunga yang mempunyai kelebaran 0.25 inci setiap satu. Kala Jengking diberikan sempena stamen bunga tersebut yang membengkok seperti ekor kala jengking.

Bunga Kala Jengking di Padang Pasir Bunga Kala Jengking di Padang Pasir Reviewed by Admin on 12:03:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.