Patung2 yang disebut sebagai Pahlawan Terracotta ini keseluruhan diperbuat daripada tanah liat. Ketinggiannya pun adalah tidak sama, antara 183cm ~ 195cm. Bahagian kepala diperbuat secara berasingan dari bahagian badan agar mempunyai bentuk & mimik wajah yang berbeza di antara satu sama lain. Sementara bahagian2 wajah seperti bibir, mata & telinga ditambah secara manual. Patung yang telah siap dibentuk akan dibakar agar penghasilannya menjadi lebih keras & kukuh. Proses pengecatan juga telah dilakukan walaupun kebanyakan patung itu kini catnya telahpun semakin pudar.
Sejak ditemui oleh beberapa petani tempatan di wilayah Xian, Negeri Shaanxi, China pada tahun 1974, hingga kini tapak berkenaan masih lagi terus dilakukan proses penggalian bagi membongkar lebih banyak misteri di situ. Pakar2 arkelogi menganggarkan masih banyak lagi patung & artifak2 lain yang masih tertanam di tapak berkenaan. Mereka juga belum dapat memastikan jumlah angka penemuan patung & artifak. Perkiraan terbaru memberitahu bahawa terdapat lebih daripada 8000 patung askar, 130 kereta perang & 520 kuda serta 150 pasukan berkuda yang terdapat di 3 terowong utama makam.
Makam ini didirikan sebagai gambaran kepada sebuah istana bawah tanah yang gah & mewah dengan struktur yang rumit & kompleks.
Misteri Pahlawan Terracotta
Reviewed by Admin
on
10:21:00 PTG
Rating: