China Hantar Angkasawan Pertama Wanita



BEIJING 12 Mac – China akan menghantar wanita pertama ke angkasa lepas pada tahun ini, selepas menyenaraikan beberapa angkasawan wanita bagi menyertai pasukan latihan untuk misi pendaratan kapal angkasa pertama yang dikendalikan manusia.

Agensi berita Xinhua memetik kenyataan Timbalan Ketua Komander Program, Niu Hongguang hari ini melaporkan, sebanyak tiga angkasawan akan berlepas menggunakan kapal Shenzou IV antara Jun dan Ogos ini, bagi mengendalikan pendaratan modul Tiangong-1, yang ketika ini sedang mengelilingi bumi.

Pasukan angkasawan itu, termasuk wanita yang tidak dinyatakan bilangannya, kini sedang berlatih untuk misi pendaratan itu dan sebanyak tiga orang akan dipilih untuk menyertai misi itu.

Misi itu merupakan langkah terbaru republik ini dalam program yang mensasarkan China bakal memiliki stesen angkasa tetap menjelang 2020.

China Hantar Angkasawan Pertama Wanita China Hantar Angkasawan Pertama Wanita Reviewed by Admin on 12:49:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.