‘Tak Sedar Potong Alat Sulit Ayah’


Kuala Terengganu: “Saya tidak tahu apa yang saya sudah buat pada ayah kerana ia berlaku di luar kawalan saya,” kata penyelia kilang berusia 40 tahun yang memotong alat sulit bapanya dalam kejadian di rumah keluarganya di FELDA Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun, kelmarin.


Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, bapa empat anak itu memotong kemaluan bapanya berusia 67 tahun sebelum memotong kemaluan sendiri bertujuan mengeluarkan ‘semangat Imam Nawawi’ selepas dipercayai terpengaruh dengan ajaran sesat.

Lelaki itu yang ditemui di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam berkata, dia hanya tersedar selepas parah pada kemaluan dan celah kangkang ketika berada di hospital.

“Ketika itu, saya tergamam apabila diberitahu yang saya memukul ayah dan memotong alat sulit kami kerana kejadian itu bukan dalam kawalan dan tidak tahu bagaimana ia terjadi.

“Saya tidak dapat menahan sedih dan perasaan bersalah apabila ayah kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya yang masih diikat kedua-dua tangan dengan tali di katil wad.

Adik lelaki itu yang enggan dikenali berkata, alat sulit bapa dan abangnya sudah disambung semula menerusi pembedahan kelmarin, namun bapanya masih ditempatkan di ICU berikutan parah.

Harian Metro semalam melaporkan seorang penyelia kilang di Balakong, Selangor, bertindak luar kawalan apabila memotong kemaluan bapanya selepas taksub dengan ajaran sesat yang dipelajari melalui laman web.



‘Tak Sedar Potong Alat Sulit Ayah’ ‘Tak Sedar Potong Alat Sulit Ayah’ Reviewed by Admin on 12:00:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.