Oleh kerana baju itu dijumpai di rumah Salmah, katanya polis membuat andaian baju itu milik suaminya, Razali Janis. (Salmah ketika memberi keterangan kemudian memberitahu bahawa baju itu digunakan oleh Sam Ser untuk mengelap kesan darah pada lantai)
Hari keempat adalah giliran Salmah, sebagai saksi pendakwa untuk memberi keterangan menggemparkan apabila dia menuduh Sam Ser, 31, sebagai pembunuh dua beradik itu.
Sam Ser adalah orang yang membunuh Azman dan adiknya, Saniah dan kemudian mencampakkan mayat mereka dalam lubang najis di belakang rumah saya.
Di mahkamah yang penuh sesak, Salmah berkata dua beradik itu masuk ke bilik tidurnya ketika Sam Ser dalam keadaan bogel.
Pada hari kejadian, katanya Sam Ser datang ke rumahnya kira-kira jam 8 pagi dan selepas berbual seketika, mereka memutuskan untuk melakukan hubungan seks.
Ketika itu, katanya bayinya yang berusia tiga bulan, tidur di ruang tamu, manakala seorang lagi anaknya berusia dua tahun sedang bermain.
Katanya, pintu dan tingkap rumahnya selalunya ditutup untuk mengelakkan rumahnya dimasuki habuk.
Menyedari anak jirannya masuk ke bilik tidur ketika mereka melakukan hubungan seks, Salmah memberitahu Sam Ser mengenai kehadiran tetamu tidak diundang itu menyebabkan lelaki itu bingkas bangun meluru ke arah Azman.
Katanya, Sam Ser menangkap Azman dan menolaknya jatuh ke lantai lalu mencekik dengan kedua belah tangan kanak-kanak itu yang ternyata tidak mampu melawan.
Sam Ser kemudian meminta beberapa utas tali yang saya ambil dari dapur. Dia mengikat badan Azman dan kemudian meminta beberapa utas tali lagi.
Apabila saya muncul dari dapur, saya lihat Sam Ser mencekik Saniah yang ketika itu terlentang tidak bermaya di lantai, katanya.
Selepas mengikat Saniah, katanya Sam Ser sambil memastikan tiada orang lain nampak, mengheret dua beradik itu ke belakang rumah dan menyumbat mereka ke dalam lubang najis.
Lubang najis berukuran 2.1 meter panjang, 1.5 meter lebar dan sedalam 1.2 meter itu terletak kira-kira 1.2 meter dari tandas yang terletak di belakang rumah Salmah.
Salmah mendakwa Sam Ser memberi amaran akan membunuhnya jika memberitahu orang lain mengenai kejadian itu.
Dia juga memberitahu bahawa jika sesiapa bertanyakan dua beradik itu, saya kena cakap mereka dilarikan dalam sebuah kereta biru,� katanya.
Salmah juga memberitahu bahawa dia cuba menghalang Sam Ser mencekik Azman tetapi tidak dipedulikan.
Katanya, Sam Ser memilih lubang najis untuk membuang kanak-kanak kerana sudah biasa dengan persekitaran kawasan rumah itu.
Dari segi perhubungan dengan keluarga Wardi, katanya memang ada perselisihan faham, tetapi tidak serius. Malah dia ada melawat keluarga itu selepas kejadian itu, tetapi tidak menceritakan mayat itu.
Selepas kejadian itu, Salmah mengaku dia menyesal, tetapi keadaan ketika itu menyebabkan dia tidak boleh memberitahu sesiapa mengenai pembunuhan itu.
Sementara itu, Razali yang ketika perbicaraan sudah bercerai dengan Salmah memberitahu bahawa pada 1 Mei 1984, bau busuk dari arah belakang rumahnya menyebabkan dia menyiasat punca bau itu dengan pergi membuka penutup lubang najis itu.
Selepas dialihkan, katanya dia nampak mayat dalam lubang najis itu dan menghubungi bapanya yang tinggal di Kampung Petani untuk memberitahu mengenai penemuan itu.
Katanya, bapanya datang ke rumahnya pada malam itu dan mereka bersama-sama memeriksa lubang najis itu dan keesokan hari, dia memberitahu jirannya mengenai perkara itu.
Pada 6 Mei, katanya oleh kerana tidak tahan lagi dengan bau busuk itu, dia sekeluarga berpindah ke rumah bapanya dan pada masa sama, polis mengetahui mengenai kisah dua mayat itu.
8 Mei 1984 - Dua orang adik-beradik berumur 11 dan 4 tahun dijumpai mati dalam lubang tandas di sebuah rumah jiran mereka di Kampung Muhibbah, Batu Pahat. Allahyarham adik Azman Wardi dan Samiah Wardi telah dilaporkan hilang beberapa hari dan dianggap mereka telah diculik. Tragedi pembunuhan itu telah membongkar hubungan sulit antara Salmah dan Samsir (gambar). Mereka dihadapkan ke mahkamah. Samsir didapati tidak bersalah dan mahkamah membebaskannya. Sejurus pembebasannya, Samsir ditahan di luar mahkamah untuk didakwa dalam kes pembunuhan yang lain pula.
sumber
Tragedi Kejam 1984 Di Batu Pahat 2
Reviewed by Admin
on
9:49:00 PG
Rating: