Tokoh Ilmuan Islam Dr Muhammad Uthman Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR: Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia di kediamannya di ISTAC, Taman Duta di sini petang Isnin.

Dr Muhammad Uthman yang dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan adalah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkenaan Islam dari segi akidah, akhlak, budaya dan falsafah.

Allahyarham memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat ijazah dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1966 sebelum menjadi tutor pada tahun 1969.

Sebelum kembali ke Kelantan, Allahyarham mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM sehingga tahun 1973.

Pada tahun 1995, Allahyarham dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM). - mStar

Tokoh Ilmuan Islam Dr Muhammad Uthman Meninggal Dunia Tokoh Ilmuan Islam Dr Muhammad Uthman Meninggal Dunia Reviewed by Admin on 9:18:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.