Tolong Lapor Polis Jika Terjumpa Lelaki Ini !


DICARI POLIS... Lelaki dikenali sebagai 'Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman' ini dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan berhubung Operasi Daulat. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF

LAHAD DATU 31 Mac - Seorang individu lelaki dikenali sebagai Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman berasal dari Georgetown, Pulau Pinang dicari pihak polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung Ops Daulat yang masih dilaksanakan ketika ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, lelaki itu dikatakan merupakan Yang Dipertua serta Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan Islamiah) dan masih menjawat jawatan itu sehinga ini.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu ini diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis. Polis juga meminta individu ini tampil menyerah diri bagi membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hamza berkata, lelaki itu masih berada di dalam negara dan alamat terakhir adalah di Pengkalan Weld, George Town. - UTUSAN ONLINE

Tolong Lapor Polis Jika Terjumpa Lelaki Ini ! Tolong Lapor Polis Jika Terjumpa Lelaki Ini ! Reviewed by Admin on 11:01:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.