Bintang Harry Potter Meninggal Dunia


LONDON 30 Mac - Aktor Britain yang terkenal kerana peranannya dalam filemHarry Potter dan Withnail & I, Richard Griffiths meninggal dunia ketika berumur 65 tahun, kata ejen kepada pelakon itu semalam.


wikia

Mendiang yang merupakan satu daripada bintang yang wataknya disukai rakyat Britain meninggal dunia kelmarin akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan jantung, kata ejen Griffiths, Simon Beresford.

Griffiths akan terus dikenang peminat filem klasik Withnail & I sebagai Uncle Monty walaupun dia mempunyai penonton terbesar ekoran peranannya sebagai Uncle Vernon Dursley dalam filem Harry Potter.

Sementara itu, Daniel Radcliffe yang merupakan budak ahli sihir dalam siri filemHarry Potter memberi penghormatan terawal kepada mendiang yang menurutnya Griffiths telah banyak memberinya 'dorongan, didikan dan jenaka'. - AFP


sumber

p/s: Mula2 ingat kan Harry Potter mana tadi. Haha..

Bintang Harry Potter Meninggal Dunia Bintang Harry Potter Meninggal Dunia Reviewed by Admin on 12:19:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.