Pakatan: 'Pemimpin Korup Tak Boleh Lari'



PUCHONG – “Sebaik sahaja kita tawan Putrajaya, ‘Perdana Menteri’ baru,Datuk Seri Anwar Ibrahim akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang supaya jet peribadi tidak dibenarkan membuat penerbangan,”demikian tegas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Arahan itu menurut Guan Eng akan dikeluarkan malam ketika keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumum dan beliau yakin besar ia berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, ia berikutan PR tidak mahu pemimpin yang didakwa kuat ‘curi’ harta rakyat sebelum ini melarikan diri apabila mereka diumum kalah.

Katanya, ‘pemimpin’ dimaksudkan memang pandai kerana jika menang mereka akan tinggal di negara ini tetapi jika kalah akan pakai jet peribadi dan terbang ke luar negara.

“Kita tidak mahu ‘mereka-mereka’ ini bawa lari dan bakar fail, PM baru akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang, jet peribadi tidak boleh terbang sebaik sahaja PR diumum dapat tawan Putrajaya.

“Arahan akan keluar juga di sebuah daerah di Sarawak kerana di sana banyak jet peribadi, tidak boleh terbang kecuali dapat kebenaran ‘kerajaan baru’ Malaysia,”katanya ketika berucap sebelum merasmikan Pusat Perkhidmatan Pilihanraya PR Puchong, di sini lewat malam tadi.

Hadir sama Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Kinrara, Teresa Kok Suh Sim.

Guan Eng sebelum ini mendakwa, negara tidak akan bankrap sekiranya PR memenangi Putrajaya dan perkara itu diakui bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Sambil merujuk Selangor dan Pulau Pinang, beliau berkata, setiap tahun kerajaan negeri itu untung meski memberi duit kepada rakyat melalui program dilaksanakan.

Jelasnya, Barisan Nasional (BN) dilihat menakutkan-nakutkan rakyat dengan cerita tipu sekiranya PR menang besar PRU akan datang.

“Itu semua tipu punya cerita... kenapa rakyat perlu ditakutkan...rakyat tidak buat salah, tidak curi saham.. tidak curi kereta.. tidak curi tanah malah lembu pun mereka tidak dicuri,”katanya.

Dalam ucapan sama, Guan Eng berkata, bapanya Lim Kit Siang akan bertanding di kubu kuat BN di Gelang Patah, Johor.

Jelasnya, jika boleh menang di Gelang Patah beliau percaya akan menang banyak kerusi lain di Johor dan PR mempunyai peluang besar ke Putrajaya.


Pakatan: 'Pemimpin Korup Tak Boleh Lari' Pakatan: 'Pemimpin Korup Tak Boleh Lari' Reviewed by Admin on 7:59:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.