Pembantu Imam Tua Mati Ditembak !


Lahad Datu: Seorang lagi pengganas paling dikehendaki berjaya ditembak mati selepas lelaki berusia 60-an itu cuba menetak seorang anggota pasukan keselamatan dalam operasi di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, pagi semalam.

ANGGOTA Pasukan Gerakan Am bersiap sedia di Kampung Simunul, Semporna.123 Y 123

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu, lelaki terbabit yang bersenjatakan barong (pedang Suluk) menyerang dan menetak anggota keselamatan yang menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah di perkampungan atas air itu. Namun, anggota keselamatan terbabit terselamat dan hanya cedera ringan kerana tetakan pengganas itu mengenai baju kalis peluru dipakainya.

Pengganas yang mati itu dikenal pasti sebagai pengawal dan pembantu kepada ‘Imam Tua’ iaitu seorang daripada pengganas yang ditembak mati selepas menyerang hendap sepasukan anggota keselamatan di Kampung Sri Jaya pada 2 Mac lalu, menyebabkan enam anggota polis terkorban.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dalam kejadian pagi semalam, pengganas terbabit meluru keluar dari sebuah rumah di kampung itu dan terus menetak di depan dan belakang badan anggota pasukan keselamatan itu.123 Y 123

“Biarpun ditetak berkali-kali, anggota keselamatan dapat melepaskan tembakan menyebabkan pengganas itu terbunuh, manakala anggota kita tidak mengalami kecederaan serius,” katanya pada sidang media Op Daulat di Felda Residence Sahabat, di sini, semalam.


Pembantu Imam Tua Mati Ditembak ! Pembantu Imam Tua Mati Ditembak ! Reviewed by Admin on 7:50:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.