Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam memerintahkan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) membayar RM150,000 kepada Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa kerana menfitnahnya dalam siaran rancangan Titik Sentuhan.
Pesuruhjaya Kehakiman, See Mee Chun, mengarahkan defendan pertama dan kedua masing-masing membayar RM25,000, defendan ketiga (RM70,000) dan keempat (RM30,000) .
p/s : Kes saman menyaman ni memang akan kerap kita dengar nak naknya bila PRU makin tiba.
Mee Chun membuat keputusan itu dalam kamarnya yang dihadiri peguam Mohd Nasir, Aminuddin Zulkipli dan Amirul Fairuzzeen Jamaluddin manakala Peguam Kanan Persekutuan, Ruzaimah Mohd Ridzuan mewakili defendan ketiga dan keempat.
Pada 23 Mei 2012, Mohd Nasir menfailkan saman fitnah terhadap defendan pertama, Mohd Hanafiah Hanafi, 65, defendan kedua, Zakri Suid, 40, individu yang ditemuramah dalam rancangan itu, penerbit rancangan Titik Sentuhan RTM 1, Hartini Haris (defendan ketiga) serta Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail, sebagai defendan keempat.
Nasir menuntut ganti rugi am RM10 juta, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan teruk, kos serta relif-relif lain yang sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah.
Beliau juga memohon perintah mengarahkan semua defendan meminta maaf secara terbuka dalam rancangan Titik Sentuhan dan menarik balik tuduhan fitnah serta perlu dibuat secara bertulis di muka hadapan akhbar harian dari tarikh perintah writ saman.
Dalam tuntutannya, Nasir mendakwa rancangan itu disiarkan dengan niat jahat menfitnah beliau sebagai pemimpin yang gagal menunaikan tanggungjawab dan tidak membantu menyelesaikan masalah penurapan jalan di Kampung Hilir, Kubang Rotan” pada 18 Disember 2011.
Disebabkan itu, beliau terpaksa menanggung malu dan aib hingga menjejaskan maruah diri serta keluarga.
Menurutnya, RTM mendakwa jalan itu diturap oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU) sedangkan ia dilakukan kerajaan negeri pada 27 Julai 2011.
Sementara itu, ketika ditemui , Nasir bersyukur dengan keputusan itu serta berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya sepanjang kes berjalan lebih setahun.
“Matlamat sebenar tindakan mahkamah adalah untuk menghentikan gejala fitnah dalam usaha mendapatkan sokongan politik dan ini selalu digunakan kelompok media tertentu dengan menabur fitnah.
“Hak kebebasan bersuara tidak bermakna boleh sesuka hati menyebar fitnah kepada orang lain,” katanya.
Sinar
Pesuruhjaya Kehakiman, See Mee Chun, mengarahkan defendan pertama dan kedua masing-masing membayar RM25,000, defendan ketiga (RM70,000) dan keempat (RM30,000) .
p/s : Kes saman menyaman ni memang akan kerap kita dengar nak naknya bila PRU makin tiba.
Pada 23 Mei 2012, Mohd Nasir menfailkan saman fitnah terhadap defendan pertama, Mohd Hanafiah Hanafi, 65, defendan kedua, Zakri Suid, 40, individu yang ditemuramah dalam rancangan itu, penerbit rancangan Titik Sentuhan RTM 1, Hartini Haris (defendan ketiga) serta Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail, sebagai defendan keempat.
Nasir menuntut ganti rugi am RM10 juta, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan teruk, kos serta relif-relif lain yang sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah.
Beliau juga memohon perintah mengarahkan semua defendan meminta maaf secara terbuka dalam rancangan Titik Sentuhan dan menarik balik tuduhan fitnah serta perlu dibuat secara bertulis di muka hadapan akhbar harian dari tarikh perintah writ saman.
Dalam tuntutannya, Nasir mendakwa rancangan itu disiarkan dengan niat jahat menfitnah beliau sebagai pemimpin yang gagal menunaikan tanggungjawab dan tidak membantu menyelesaikan masalah penurapan jalan di Kampung Hilir, Kubang Rotan” pada 18 Disember 2011.
Disebabkan itu, beliau terpaksa menanggung malu dan aib hingga menjejaskan maruah diri serta keluarga.
Menurutnya, RTM mendakwa jalan itu diturap oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU) sedangkan ia dilakukan kerajaan negeri pada 27 Julai 2011.
Sementara itu, ketika ditemui , Nasir bersyukur dengan keputusan itu serta berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya sepanjang kes berjalan lebih setahun.
“Matlamat sebenar tindakan mahkamah adalah untuk menghentikan gejala fitnah dalam usaha mendapatkan sokongan politik dan ini selalu digunakan kelompok media tertentu dengan menabur fitnah.
“Hak kebebasan bersuara tidak bermakna boleh sesuka hati menyebar fitnah kepada orang lain,” katanya.
Sinar
RTM Bayar RM150,000 Kalah Kes Saman Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa
Reviewed by Admin
on
7:25:00 PG
Rating: