Peristiwa Berdarah Di Pulau Perhentian Seorang Pelancong Asing Terbunuh


BESUT - Seorang pelancong asing terbunuh manakala rakannya cedera parah terkena kipas sebuah bot pelancong di perairan Pulau Perhentian berhampiran Jeti Pulau Perhentian Besar dekat sebuah chalet di sini awal hari ini.

gambar hiasan

Yang terbunuh dikenali sebagai Madaline Jayne, 25, berasal dari Hereford, England manakala rakannya yang cedera parah, Simons James Rogers, 22, dari Australia.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd. Zakaria ketika mengesahkan kejadian berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 10.20 pagi.

Jayne meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan awal dibawa oleh operator bot yang terbabit akibat cedera teruk di kedua-dua belah kaki, punggung dan badan.

Katanya, Rogers yang cedera di kedua belah kaki dan perut telah dikejarkan ke Hospital Daerah Besut sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian petang ini. - Bernama

Peristiwa Berdarah Di Pulau Perhentian Seorang Pelancong Asing Terbunuh Peristiwa Berdarah Di Pulau Perhentian Seorang Pelancong Asing Terbunuh Reviewed by Admin on 10:17:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.