Cubaan Sabotaj Halang Pengundi Pulang Ke Kampung Dikesan



Kuala Lumpur: Cubaan sabotaj oleh ‘pihak tertentu’ bagi menghalang sebahagian pengundi yang menetap di Lembah Kelang untuk pulang ke kampung, terutama ke kawasan sekitar pantai timur telah dikesan.

Usaha ini telah dikesan melalui laporan seorang mahasiswa Universiti Malaya (UM) juga pengundi yang bakal mengundi di kawasan Pasir Mas yang tidak mahu didedahkan identitinya.

“Sepatutnya bas sampai malam semalam (jam 11 malam), tapi dah nak 12 jam menunggu, bas yang dinanti tak sampai-sampai”, adu beliau.

Di sudut yang lain, salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM), Muhammad Syakirin Yuslan menulis di laman facebooknya mengenai tindakan ‘pihak tertentu’ yang dilihat seolah sengaja melambatkan proses pengangkutan bas.

“Bas dari Kelantan untuk bawa penumpang dari UM yang sepatutnya dijangka bertolak jam 8.30 semalam masih belum tiba sehingga pagi ini”, ujar beliau.

“Ada ura-ura mengatakan bahawa ada unsur ‘sabotaj beli bas’ dan sebagainya. Sehingga menyebabkan ratusan penumpang yang menunggu bas-bas mereka belum tiba. Termasuk di KLIA dan kampus-kampus sekitar lembah Klang dan Kuala Lumpur”, tambah Syakirin lagi.

Muhammad Khalis Ibrahim, juga ahli MPPUM mengaitkan cubaan sabotaj ini dengan tempoh cuti pilihanraya yang singkat diperuntukkan kepada kampus-kampus oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Patutlah Kementerian Pengajian Tinggi tak beri cuti awal pada kampus-kampus. Rupa-rupanya, ini modus operandi mereka. Semata-mata nak halang pengundi muda pulang mengundi”, kata beliau.

mahasiswakini

Cubaan Sabotaj Halang Pengundi Pulang Ke Kampung Dikesan Cubaan Sabotaj Halang Pengundi Pulang Ke Kampung Dikesan Reviewed by Admin on 7:53:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.