Mohd Basri Hilang Tempurung Kepala Akibat Kemalangan Akan Dibedah Jun Ini



ALOR SETAR – Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berkorban nyawa, begitulah perumpamaan terbaik untuk menggambarkan kasih sayang sebuah keluarga di Kampung Darat Barat, Santan, di Perlis hingga sanggup berkorban demi kebahagiaan anak mereka yang terlibat dalam kemalangan kira-kira tiga tahun lepas.

Jamilah Kamis, 41, dan suaminya, Basharudin Bakar, 46, sedia melakukan apa sahaja demi keselesaan anaknya, Mohd Basri Basharudin, 18, yang kini kehilangan tempurung kepalanya akibat kemalangan itu.

Basharudin, berkata, penderitaan Basri kemungkinan berakhir tidak lama lagi, malahan kehidupannya akan kembali bersinar apabila dijangkakan menjalani pembedahan menggantikan tempurung kepala tiruan pada bulan Jun nanti.

“Basri akan masuk hospital pada 14 Jun dan dua hari kemudian barulah dia akan menjalani pembedahan menggantikan tempurung kepala tiruan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

“Saya harap sangat semua masalah kami selesai, dan Basri dapat jalani pembedahan dengan lancar dan selamat,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Mohd Basri yang kemalangan terpaksa menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di kepalanya.

Kemalangan berlaku apabila motosikal diboncengnya terbabas, menyebabkan Basri terpelanting dengan kepalanya terhentak di atas jalan raya. Susulan kejadian itu, Basri bukan sahaja tidak dapat bercakap, malah hanya terlantar atas katil.

Justeru, mereka yang ingin membantu Basri boleh melakukannya dengan menyalurkan sumbangan melalui no akaun Bank CIMB milik Basharudin Bakar (0902-0057-1525-29) ataupun menghubunginya di talian 012- 5087526. - Sinar

Mohd Basri Hilang Tempurung Kepala Akibat Kemalangan Akan Dibedah Jun Ini Mohd Basri Hilang Tempurung Kepala Akibat Kemalangan Akan Dibedah Jun Ini Reviewed by Admin on 12:33:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.