PRU: Anwar Dakwa Warga Asing Dibawa Masuk, Pejabat PM Nafi



KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri (PMO) petang ini menafikan sebarang penglibatan berhubung dakwaan pakatan rakyat bahawa rakyat Malaysia dan juga warga asing diterbangkan ke semenanjung untuk mengundi pada pilihan raya umum, Ahad ini.

Dalam satu kenyataan ringkas, seorang jurucakap kerajaan berkata: "Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang pembabitan berhubung penerbangan seperti ini."

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bertungkus lumus memastikan bahawa sistem pilihan raya lebih kukuh daripada sebelum ini, dan pilihan raya adalah bebas dan adil.”

Pada satu sidang media pagi tadi, Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan SPR terlibat dengan peningkatan kemasukan warga asing beramai-ramai yang mempunyai status yang meragukan ke Semenanjung.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendakwa, terdapat seramai 4,500 warga asing dibawa dengan penerbangan khas setiap hari dengan 16 penerbangan bermula 25 April lalu ke Sabah dan Sarawak.

“Warga asing itu telah berlaku dan dikhuatiri berlarutan sehingga hari pengundian 5 Mei ini,” dakwanya pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Dakwanya lagi, PR juga mendapat maklumat bahawa pekerja asing dari Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar juga dibawa masuk melalui Bukit Kayu Hitam manakala warga Indonesia melalui Pelabuhan Klang.

Beliau berkata, lonjakkan kemasukan warga asing dan individu-individu tersebut dikhuatiri akan menjadi pengundi kepada calon Barisan Nasional (BN), Ahad ini.

"Kita telah terima maklumat penerbangan itu telah diaturkan oleh JPM melalui surat yang ditandatangani oleh menteri.

"Kita ada rekod video, gambar sebagai bukti dan dokumen untuk menyokong dakwaan kita termasuk jadual penerbangan tempahan khas ini,” dakwanya lagi.

Sinar

PRU: Anwar Dakwa Warga Asing Dibawa Masuk, Pejabat PM Nafi PRU: Anwar Dakwa Warga Asing Dibawa Masuk, Pejabat PM Nafi Reviewed by Admin on 12:06:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.