120,000 Banjiri Perhimpunan Pakatan Rakyat



PETALING JAYA, 8 Mei — Lebih kurang 120,000 orang kebanyakkannya berpakaian hitam sedang berhimpun sekarang ini untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil anjuran Pakatan Rakyat (PR) di Stadium MBPJ Kelana Jaya di sini malam ini.

Hujan petang telah menyebabkan kesesakan lalulintas akan tetapi kebanyakkan hadirin turun dari Stesen LRT Kelana Jaya dan berjalan ke stadium yang berhampiran dengan jalan ke Lapangan Terbang Subang.

Diantara yang dijadualkan untuk bercakap dalam perhimpunan malam ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat

Anwar tiba dengan menaiki skuter (gambar) lebih kurang jam 10 malam dan disambut dengan laungan “Kami anak Malaysia.

Hadirin yang memakai baju hitam memenuhi padang bola dan tempat duduk stadium.

Diberitakan, jalan-jalan menghala ke stadium seperti Lebuhraya NKVE masih lagi sesak sehingga kini.

Ribuan yang tidak dapat masuk ke stadium, berhimpun diluar untuk menunjukkan solidariti.


Suasana di Rusila, Marang, Terengganu. Gambar credit kepada Facebook Tolahah Muda

Di Rusila, Marang, puluhan ribu juga berkumpul di perkarangan Masjid Rusila dalam himpunan gergasi rakyat Terengganu bersama PAS.

Mereka memenuhi perkarangan masjid itu dan mendengar ucapan dari pimpinan PAS termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Antara hadirin adalah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang membuat kejutan untuk menyertai PAS, dua hari selepas Hari Penamaan Calon.

Harian Metro Online

120,000 Banjiri Perhimpunan Pakatan Rakyat 120,000 Banjiri Perhimpunan Pakatan Rakyat Reviewed by Admin on 9:41:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.