Peserta Langgar Akta Himpunan Aman 2012 ?


Degil.... Masih ada peserta himpunan yang membawa anak kecil dalam himpunan malam ini. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR

PETALING JAYA - Himpunan Suara Rakyat 505 yang berlangsung di padang timur, Amcorp Mall malam tadi menyaksikan ramai peserta khususnya ibu bapa secara terang-terangan melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dengan membawa anak-anak mereka.

Tinjauan Sinar Harian Online sejak tengah hari semalam mendapati kebanyakan ibu bapa yang ditemui rata-ratanya membawa kanak-kanak di bawah umur 21 tahun.

Menurut akta tersebut, seseorang melakukan suatu kesalahan jika kanak-kanak menyertai perhimpunan selain suatu perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

Dalam akta itu turut menyebut jika seseorang melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan (2)(a),(b),(c) atau (e) boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM10,000.

Manakala seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan (2)(f) pula, ia boleh apabila atau disabitkan didenda tidak melebihi RM20,000.

Sementara itu, pihak penganjur tidak menyediakan kemudahan khas kepada golongan orang kurang upaya (OKU) kerana menyukarkan mereka untuk bergerak bebas seperti menunaikan solat.

Selain itu, peserta himpunan yang juga disertai golongan OKU ini turut berhadapan kesukaran menggunakan tandas mesra OKU di bangunan berdekatan.

Mengikut APA 2012, pihak penganjur hendaklah memastikan sesuatu perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar. - Sinar

p/s: Bawak anak kat perhimpunan 505 ni haram katanya, bawa anak tengok konsert terkinja-kinja macam beruk bawalah selori anak pun takpe sebab halal... keh3

Peserta Langgar Akta Himpunan Aman 2012 ? Peserta Langgar Akta Himpunan Aman 2012 ? Reviewed by Admin on 2:06:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.