Ibu Syukur Pembunuh Wati Dihukum



BATU PAHAT – “Engkau bunuh anak aku sebelum ini. Sekarang engkau pula yang dihukum bunuh,” demikian luahan ibu jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Yatmi Abdul Rahman, 83, yang mengikuti keputusan mahkamah dalam kes itu melalui berita di televisyen pada 11 pagi semalam, menyifatkan hukuman yang dijatuhkan setimpal.

“Walaupun Wati sudah tiada, makcik akan ingat keletahnya sampai bila-bila,” katanya pada Sinar Harian di kediamannya, di Kampung Seri Menanti, Sri Medan, semalam.

Adik Sosilawati, Rosnani, 47, berkata, dia melakukan sujud syukur setelah mengetahui keputusan mahkamah dan berharap ia menjadi iktibar bahawa setiap perlakuan jenayah akan menerima hukuman.

“Hukuman itu adil dan setimpal. Kami berasa lega. Tentulah kami (kaum keluarga dan adik beradik) sedih dengan apa yang berlaku, tetapi keputusan berkenaan seakan menjadi penyembuh kepada luka yang dirasai,” katanya. - Sinar

Ibu Syukur Pembunuh Wati Dihukum Ibu Syukur Pembunuh Wati Dihukum Reviewed by Admin on 10:11:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.