Bapa Altantuya Rayu Keadilan Untuk Anaknya



Shaariibuu Setev – bapa kepada Altantuya yang mati dibunuh – merayu kepada rakyat Malaysia yang akan mengundi Ahad ini supaya memberi keadilan kepada Altantuya yang tarikh lahirnya jatuh pada tanggal 6 Mei.

Dalam satu kenyataan empat perenggan, Shaariibuu (kiri) berkata kedua-dua anak lelaki Altantuya – wanita Mongolia yang dibunuh dengan kejam di Malaysia – telah kehilangan ibu mereka sejak 2006.

“Hak anak-anak itu untuk memanggilnya ‘ibu’ telah dicabuli. Sejak pembunuhan itu, kami rakyat Mongolia menunggu permohonan maaf daripada rakyat Malaysia,” katanya.


Beliau berkata, anak-anak tersebut telah menunggu untuk akses kepada dan sokongan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama tujuh tahun.

Shaariibuu turut menegaskan bahawa ianya masih penting untuk mengadakan pendengaran baru mahkamah dan mencari keadilan.

“Saya ingin meminta semua rakyat Malaysia supaya mengundi untuk keadilan kerana pilihan raya berlangsung sehari sebelum hari lahir Altantuya, pada 6 Mei,” kata Shaariibuu dalam kenyataan tersebut.

Kalaulah Altantuya masih hidup, kata Shaariibuu, anak perempuannya itu akan berusia 35 tahun pada hari Isnin ini.

Peguam NGO hak asasi manusia Suaram, Fadiah Nadwa Fikri (kiri)
bertemu dengan Shaariibuu minggu lalu, ketika menghadiri satu persidangan di Ulaanbataar, iaitu ibunegara Mongolia.

Shaariibuu bertemu dengan Fadiah dan mengeluarkan kenyataan tersebut yang beliau mahu dikeluarkan di Malaysia.

Malaysiakini

Bapa Altantuya Rayu Keadilan Untuk Anaknya Bapa Altantuya Rayu Keadilan Untuk Anaknya Reviewed by Admin on 3:39:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.