3 Foto Lan Kristal Dan Isteri Terlibat Kemalangan, Kereta Berpusing Macam Gasing



VOKALIS kumpulan Kristal, Lan dan isteri dikhabarkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, baru-baru ini.

Mujurlah, pasangan ini terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius memandangkan kedua-duanya tidak berada dalam kereta pada ketika itu.

Hanya kereta Perodua Perdana milik mereka sahaja yang dirempuh dan remuk teruk disebabkan insiden berkenaan.

“Kami sebenarnya tak ada apa-apa, hanya kereta kami yang teruk kena langgar dengan kereta lain. Masa kejadian berlaku, kami ada dekat dalam kedai. Alhamdulillah syukur, yang penting kami sekeluarga selamat.

“Hal kereta tu, pihak yang bertanggungjawab sudah pun dituntut ganti rugi kerosakan kereta. Malah kami juga sudah buat laporan polis,” kata Lan, memetik laporan Media Hiburan.



3 Foto Lan Kristal Dan Isteri Terlibat Kemalangan, Kereta Berpusing Macam Gasing 3 Foto Lan Kristal Dan Isteri Terlibat Kemalangan, Kereta Berpusing Macam Gasing Reviewed by Admin on 8:37:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.