Cuba Teka Berapa Google Bayar Lelaki Yang Berjaya Beli Domain Google.com



Tahun lepas, seorang lelaki berjaya untuk membeli bukan sebarangan domain .com biasa, tapi— Google.com dan ia hanya sempat menjadi pemilik domain tersebut hanya untuk tempoh seminit sahaja.

Sanmay Ved, bekas pekerja Google dan kini bekerja di Amazon, mengalami satu pengalaman yang memeranjatkan di mana beliau mendapati laman web enjin pencarian terbesar di dunia, Google.com, dalam status "ada" untuk dibeli. Ved telah membuat pembayaran dan proses pembelian tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Namun, tidak lama selepas itu, beliau telah menerima satu pesanan email tentang pembatalan pembelian dan wang dikembalikan dari Google Domains dan pihak Google membayar Ved sejumlah wang sebagai award sebanyak $6,006.13 yang mana kalau anda perasan, jumlah itu adalah perkataan "Google" yang ditulis terbalik ;)


Cuba Teka Berapa Google Bayar Lelaki Yang Berjaya Beli Domain Google.com Cuba Teka Berapa Google Bayar Lelaki Yang Berjaya Beli Domain Google.com Reviewed by Admin on 12:21:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.