Muncul pelbagai jenis sindiket semata-mata untuk mengaut keuntungan. Yang paling popular semestinya menggunakan anak-anak yatim.
Kami yakin, anda pasti pernah didekati golongan kanak-kanak yang masih bersekolah ini di kedai-kedai makan bukan? Kebanyakannya akan datang dan meminta sedekah, sambil mendakwa dana sumbangan itu akan digunakan untuk membina madrasah, tahfiz, sekolah agama, pusat kebajikan, rumah anak-anak yatim, dan sebagainya.
Bagi mereka yang berniat untuk membantu, sejumlah wang akan dihulur kepada kanak-kanak ini dengan ikhlas. Tapi, sama ada dakwaan mereka itu betul atau tidak, tiada siapa yang tahu. Ada orang cakap, ini semuanya sindiket.
Selepas anak-anak yatim, sekarang muncul pula sindiket terbaru.
Kali ini, kanak-kanak dengan penyakit kronik pula dijadikan sebagai 'umpan' bagi menjerat mangsa-mangsa yang mudah terpedaya.
Sekali pandang, rasa macam tak ada apa-apa yang musykil tentang posting tersebut. Luluh hati melihat keadaan anak kecil yang menderita sebegitu.
Sehingga...
Kalau tak perasan, biar kami terangkan.
Pertama: Akaun yang digunakan adalah sama iaitu akaun Maybank Muhammad Amirul dengan nombor 164333327061.
Kedua: Gambar budak yang dimuat naik BERBEZA. Cuba tengok betul-betul. Adakah ini bermaksud Muhammad Amirul ini mempunyai dua orang anak yang memerlukan bantuan perubatan?
Ketiga: Amirah Syaqilah sebelum ini menggunakan nama NurAini Mustafa. Nampak tak, profile picture kedua-dua individu ini sama, malah tarikh bagi kedua-dua postingitu pun sama iaitu pada 23 Disember 2015. Satu dibuat pada 10:09 pagi, satu lagi dibuat pada 2:41 petang.
Kami yang rasa terkejut dan tertipu menjalankan sedikit siasatan ke atas nombor akaun tersebut.
Yang menariknya, kedua-dua akaun ini memang wujud. Nama penuh individu ini adalah Muhammad Amirul Iskandar Bin Azhar Affan.
Yup, tergamak sungguh menipu menggunakan gambar kanak-kanak sakit. Entah berapa ribu lah agaknya si Amirul ni dah dapat. Anda di luar sana kenalah lebih berhati-hati selepas ini ya.
Kena siasat dulu sama ada betul atau tidak perkara yang disebarkan. Ramai orang sekarang suka ambil kesempatan dengan menyebarkan perkara-perkara yang tidak benar.
Mohon semua agar lebih berwaspada selepas ini dan tidak mudah percaya terhadap segala yang dipaparkan di laman sosial. Mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati :)
Penipu Ini Pakai Foto Budak Sakit Untuk Jadikan 'Umpan' KAUT Duit Anda. Jangan Terpedaya!
Reviewed by Admin
on
5:48:00 PG
Rating: