Pelajar Perempuan Terjatuh Motor Putus Kedua Dua Kaki Akibat Digilis Lori



Sabak Bernam: Pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap dekat sini, putus kedua-dua kaki selepas digilis lori dalam kejadian di Parit 16, Sungai Panjang, dekat sini, petang tadi.

Sebelum kejadian, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, membonceng motosikal Honda EX5 yang ditunggang kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan,14, sebelum dipercayai dilanggar kereta dari belakang.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, berikutan itu mangsa terjatuh di tengah jalan dan tidak sempat bangun sebelum kakinya digilis lori yang dipercayai membawa muatan tanah.

Katanya, kakaknya pula tercampak ke kiri jalan dan cedera pada bahagian badan serta terseliuh kaki kanan dan kiri.

“Mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) dekat sini. Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi polis di talian 03-32242613 ( Inspektor Afiq Hardiv) dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk membantu siasatan.

"Pemandu kedua-dua kenderaan itu juga diminta membuat laporan polis," katanya.

Nor Azmi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - HM

Pelajar Perempuan Terjatuh Motor Putus Kedua Dua Kaki Akibat Digilis Lori Pelajar Perempuan Terjatuh Motor Putus Kedua Dua Kaki Akibat Digilis Lori Reviewed by Admin on 7:57:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.