5 Cara Untuk Halau Anai Anai Dari Rumah


Anai-anai adalah sejenis serangga yang membuat sarang dalam kayu atau tanah. Kayu sering dirosakkan oleh anai-anai kerana itulah makanan utamanya. Biarpun ada spesis anai-anai yang dianggap berfaedah untuk ekosistem kita, ada juga spesis anai-anai yang menjadi perosak.


Memandangkan anai-anai suka makan kayu, ia menjadi antara spesis serangga yang ditakuti bila ia mula membina sarang di rumah. Biarpun saiznya kecil, anai-anai mampu merosakkan binaan rumah dengan begitu cepat sekali.

Selain membunuh dengan racun serangga, ada beberapa tips mudah yang boleh dilakukan untuk menghalau anai-anai dari membina sarang dalam rumah kita. Antaranya:

Tips Halau Anai-Anai Dari Rumah

1. Garam Dapur

Taburkan garam dapur di tempat anai-anai membuat sarangnya. Namun cara ini agak kurang efektif untuk menghalau atau membunuh kesemua anai-anai yang berada dalam sarang tersebut kerana garam hanya akan berada di permukaan saja. Jadi untuk memastikan ia lebih berkesan, campurkan sahaja garam dengan air. Biarkan campuran itu semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.

2. Air Kapur Sirih

Kapur bersifat panas dan ia sangat tak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut. Dan air kapur akan membakar kulit mereka. Jadi korang boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur sirih ke atas permukaan kayu yang di serang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.

3. Air Cucian Beras

Air pertama dari basuhan beras juga boleh digunakan untuk menghalau anai-anai dari terus membina sarang. Caranya hanya sembur atau siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.

4. Minyak Tanah

Kebiasaannya orang guna minyak tanah untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah. Korang cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau disembur di dalam rumah.

5. Tembakau

Penggunaan tembakau juga dapat menghalau anai-anai dari rumah. Caranya korang perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Keesokkannya, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang di serang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.


5 Cara Untuk Halau Anai Anai Dari Rumah 5 Cara Untuk Halau Anai Anai Dari Rumah Reviewed by Admin on 9:30:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.