GELAGAT seorang pemandu yang memandu dan mempamerkan aksi berbahaya di lebuh raya menjadi perkongsian yang viral di laman sosial hari ini.
Menurut maklumat awal, kejadian berlaku di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan.
Dalam video yang dikongsi akaun 'Friends of PDRM' berdurasi 12 saat tersebut, kereta itu dilihat tiba-tiba sengaja berhenti di lorong paling kanan, sebelum mengundurkan kereta dan melanggar kereta di belakangnya.
Ia kemudiannya terus memecut laju meninggalkan kenderaan yang dilanggarnya.
Teori awal netizen adalah berkemungkinan pemandu kereta di belakang kereta itu memandu terlalu perlahan, dan tindakan itu adalah untuk mengajar si pemandu berkenaan agar memandu dengan kelajuan yang sepatutnya.
Namun dalam masa yang sama, tindakan pemandu kereta berwarna jingga itu dianggap ramai sebagai 'tidak berfikir panjang', malah boleh membahayakan nyawa orang lain yang tidak bersalah.
Sehingga kini masih belum dapat dipastikan punca pemandu tersebut bertindak sedemikian, namun difahamkan, laporan polis sudah dibuat dan pemandu itu kini sedang dicari untuk siasatan lanjut.
Menurut maklumat awal, kejadian berlaku di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan.
Ia kemudiannya terus memecut laju meninggalkan kenderaan yang dilanggarnya.
Teori awal netizen adalah berkemungkinan pemandu kereta di belakang kereta itu memandu terlalu perlahan, dan tindakan itu adalah untuk mengajar si pemandu berkenaan agar memandu dengan kelajuan yang sepatutnya.
Namun dalam masa yang sama, tindakan pemandu kereta berwarna jingga itu dianggap ramai sebagai 'tidak berfikir panjang', malah boleh membahayakan nyawa orang lain yang tidak bersalah.
Sehingga kini masih belum dapat dipastikan punca pemandu tersebut bertindak sedemikian, namun difahamkan, laporan polis sudah dibuat dan pemandu itu kini sedang dicari untuk siasatan lanjut.
Kerana Aksi Berani Mati Pemandu Kereta Warna Jingga, Kini Dia Jadi Buruan
Reviewed by Admin
on
5:55:00 PG
Rating: