Antara selebriti popular yang tercatat namanya di situ adalah Elvis Presley, Morgan Freeman, Jackie Chan, Michael Jackson, Tom Cruise dan Marilyn Monroe.
Pada mulanya Ali yang enggan namanya dipijak oleh orang ramai yang lalu-lalang di tempat berkenaan, telah menolak tawaran mengabadikan namanya di situ.
Namun disebabkan pengaruhnya dalam sukan tinju, pihak penganjur Hollywood Chamber of Commerce telah setuju meletakkan bintang penghormatannya di dinding Dolby Theatre, di sana.
“Saya membawa nama Nabi Muhammad dan ianya mustahil untuk membiarkan orang ramai memijak nama tersebut,” katanya, seperti dilaporkan media antarabangsa ketika itu.
Ali merupakan penerima bintang ke-2,189 pada 2002 dan sampai ke hari ini, bintang miliknya adalah satu-satunya bintang yang tidak diletakkan atas lantai.
Ali menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun akibat masalah pernafasan di Hospital Pheonix, Arizona Jumaat lalu.
Jenazahnya akan dikebumikan di tanah kelahirannya di Kentucky, Jumaat ini. – MYNEWSHUB.CC
Inilah Sebab Kenapa Muhammad Ali Satu-Satunya ‘Bintang’ Yang Tidak Dipijak
Reviewed by Admin
on
10:58:00 PG
Rating: