Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, puncanya adalah kerana hasil perbincangan mendapati bahawa rakan-rakan politik dan partinya tidak mahu calon daripada bekas pemimpin Pas.
"Kita adakan perbincangan termasuk pandangan-pandangan NGO mereka kata kalau boleh cari calon bukan bekas pemimpin Pas lawan Pas.
"Saya pun fikir dan rakan-rakan pun fikir, kita nampak seorang anak disini (Kuala Kangsar) yang bertaraf profesor dan otaknya hebat terlibat dengan NGO maka kita kemukan Ahmad Termizi Ramli, dan selepas saya kemukakan dalam mesyuarat tertinggi mereka sebulat suara bersetuju dan mereka katakan inilah calon terbaik Amanah,"katanya ketika memberi ceramah di Lembah Sayong Kuala Kangsar,di sini.
Dalam pada itu, beliau berkata oleh itu beliau berharap agar rakyat Kuala Kangsar dapat memberi peluang kepada calon Amanah dalam PRK Kuala Kangsar kali ini.
"Hargailah orang bijak macam ini supaya duduk di Parlimen jangan bagi dekat calon yang 'perabis' air liur basi yang sekali sekala bangun, sokong Umno," katanya.
PRK Kuala Kangsar akan menyaksikan pertandingan empat penjuru dimana Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr AhmadTermizi Ramli (Amanah) akan ditentang oleh calon Pas Dr Najihatussalehah Ahmad, Datin Mastura Mohd Yazid dari BN ,dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).
PRK ini diadakan berikutan kematian Wan Mohammad Khairil Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Pengundian PRK Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini.
Mat Sabu Dedah Rahsia Kenapa Beliau Tak Bertanding
Reviewed by Admin
on
8:39:00 PG
Rating: