Punca Flyover Runtuh Di Putrajaya 28.2.2013 (Gambar)


Kejadian ini baru berlaku (28 Feb 2013) di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Purajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2. Runtuhan ini dikatakan berlaku kerana paip yang pecah. Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif lain seperti melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki SKVE untuk ke Purajaya dan Cyberjaya.


Untuk makluman semua, jambatan tu dibina dan diselenggara oleh PKNS, khabarnya ada berlaku pemendapan tanah  dan PKNS terpaksa tutup laluan jambatan tu hasil dari perbincangan dengan pihak LLM. Sebelum jambatan tu runtuh, cable TNB yang supply di kilang Q CELL tu sudah hampir terputus disebabkan tanah di kawasan itu masih lagi mendap selepas repair.. hari ni tiba-tiba jambatan tu betul-betul runtuh. Difahamkan juga tempat itu memang bekas lombong, kebarangkalian pemendapan tanah boleh berlaku.

Jambatan Cyberjaya menghala ke Aman Putra yang bersempadan dengan Cyberjaya dan Putra Perdana runtuh kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Balai Polis Dengkil mengesahkan terdapat laporan dibuat mengenai runtuhan itu sebentar tadi.

Katanya, jambatan berkenaan sudah lama ditutup untuk lalu lintas kenderaan lebih sebulan lalu.

Punca Flyover Runtuh Di Putrajaya 28.2.2013 (Gambar) Punca Flyover Runtuh Di Putrajaya 28.2.2013 (Gambar) Reviewed by Admin on 1:00:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.