Apa Kesan Pada Rakyat Jika Harga Kangkung Naik



Semua orang bercakap tentang kangkung semenjak dua menjak ni. Puncanya hanya kerana Perdana Menteri kita juga bercakap pasal kangkung.

Itulah powernya jika anda jadi Perdana Menteri, apa saja percakapan anda diambil perhatian, dirakamkan dan dianalisakan.

Setiap kali Perdana Menteri berucap, tentang apa saja, biasanya mereka yang pro kerajaan akan komen puji melambung. Hebat...hebat, begitulah biasanya para penyokong kerajaan akan kata.

Sebaliknya mereka yang pro bukan kerajaan akan cari salah dan bengap tentang ucapan Perdana Menteri itu. Biasalah begitu, tak ada manusia sempurna. Bergantung pada apa yang kita nak tengok, baik atau buruk, sudah pasti kedua-duanya dapat disingkap.

Sebab utama jadi begitu adalah kerana baik dan buruk, lemah dan kuat, kalah dan memang, miskin dan kaya, masalah dan peluang...kedua-duanya datang sekali. Kepala dan ekor sentiasa ada pada satu siling yang sama. Mereka tak datang berasingan.

Tapi kali ini, agak pelik sikit. Sebabnya adalah kerana samada pro kerajaan atau pro pembangkang, kedua-duanya melihat sudut kelakar terhadap ucapan Perdana Menteri. Sudut serius tidak menjadi fokus utama kecuali beberapa kerat pemimpin kerajaan sahaja yang berusaha melihat sudut positif terhadap ucapan kangkung Perdana Menteri.


Kesan Pada Rakyat Jika Harga Kangkung Naik Tak Sama Dengan Harga Tenaga Naik

Rasanya orang ramai tak setuju dengan ulasan kangkung adalah kerana ia perumpamaan yang sungguh kangkung. kalau professor ucapkan begitu, sahih kita akan panggil dia professor kangkung.

Jadi bila PM buat perumpamaan begitu, sudah tentu akan dapat gelaran Perdana Menteri Kangkung. Maknanya tak berapa menarik. Kerana kangkun boleh hidup kat longkang, kat paya, kat parit. Campak saja tangkai atau batang kangkung kat parit atau paya dia akan mula hidup menjalar.

Jika harga kangkung naik, tak ada kesan pada orang kampung. Tak ada kesan pada barangan lain kerana orang kampung akan kutip saja kamngkung yang bersepah menjalar disekeliling parit di kampung.

Kalau kat puchong, kangkung boleh dikutip pada merata tempat. Parit kotor atau parit bersih boleh ada kangkung.

Jadinya jika peniaga naikkan harga kangkung, mereka sengaja cari pasal untuk membuatkan kangkung atas meja pasar malam busuk tanpa ada orang nak beli. Sebab orang ada pilihan untuk cari kang kung belakang rumah.

Berbeza jika harga minyak naik, harga tol naik, harga gula naik, harga letrik naik...kesannya rakyat tak ada pilihan korek telaga minyak sendiri, rakyat tak boleh buat lebuhraya sendiri, rakyat tak reti proses gula sendiri dan rakyat tak boleh jana tenaga letrik sendiri.

Rakyat terpaksa menanggung kos kenaiakn itu tanpa ada apa-apa pilihan baik. Bila jadi begitu, rakyat menjadi semakin parah bila semua harga barang lain turut sama naik. Tapi harga kangkung tetap tak naik sebab kangkung senang dicari, senang ditanam.

Lain kali bila berucap jangan berikan contoh kangkung. kita dah kebanjiran cendikiawan kangkung, dah ramai sangat prof kangkung, dah ramai sangat pegawai dan menteri kangkung, jangan tambah pula satu lagi PM kangkung.

Jika harga kangkung naik rakyat tak kisah. Tapi bila jumlah kangkung bertambah, rakyat akan terseksa. Negara jadi huru hara. Biasanya bila kangkung terlalu banyak sangat menjalar depan rumah, kita akan cantas saja, ambil kangkung itu berikan makan pada arnab....jika orang kangkung bertambah kita nak buat apa?



Apa Kesan Pada Rakyat Jika Harga Kangkung Naik Apa Kesan Pada Rakyat Jika Harga Kangkung Naik Reviewed by Admin on 12:35:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.