Ya Allah.. betapa kasihannya melihatkan nasib anak-anak di Syria yang kehilangan anggota keluarga khasnya ibu dan ayah ekoran peperangan dalaman di negara itu.
Betapa kejam rejim Presiden Syria Bashar Al-Assad membunuh penduduk Syria yang tidak berdosa.
Bukan sahaja ibu bapa, kanak-kanak yang tidak bernasib baik juga menjadi korban dek kerakusan manusia dalam mengekalkan kuasa mereka.
Foto kanak-kanak ini dimuatnaik melalui akaun Twitter @NotaUsrah dan ia telah diulang tweet sebanyak 162 kali oleh pengguna Twitter yang lain.
Kita di Malaysia masih boleh bersyukur kerana kanak-kanak di negara ini masih mempunyai ibu bapa yang masih sihat dan boleh mendidik serta mengasuh mereka.
Jika mereka kehilangan ibu bapa pun, ia jarang berlaku kerana peperangan atau ditembak sebaliknya atas sebab sakit atau pun kemalangan.
Penulis berasa cukup syahdu melihat gambar ini yang turut menjadi viral di seluruh dunia.
Mudah-mudahan kanak-kanak ini akan menerima pembelaan dan dapat hidup dengan baik dengan pendidikan yang sempurna disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab dan masih berperikemanusiaan untuk menjaga dan menyayanginya.
Gambar Sedih Anak Mangsa Perang Syria Tidur Antara Pusara Ibu, Ayahnya
Reviewed by Admin
on
12:19:00 PTG
Rating: