Selain itu, guru tersebut akan diberi surat amaran yang tegas kerana bertindak keterlaluan mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, hasil siasatan Jabatan Pendidikan Perak mendapati tindakan guru berkenaan memberikan imej yang kurang baik kepada Kementerian Pendidikan.
Beliau berkata, adalah tidak wajar guru berkenaan mendenda murid dengan sedemikian rupa yang boleh dianggap keterlaluan. "Hal ini kerana murid berkenaan masih di peringkat sekolah rendah yang mana kaedah bimbingan adalah paling wajar dan sesuai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama
Guru Denda Murid Macam Lembu Dihukum Tukar Sekolah Lain
Reviewed by Admin
on
8:53:00 PG
Rating: