SEBAK rasanya menonton video seorang anak yang meratapi kematian ibunya yang maut dalam kejadian langgar lari di Jalan Taman Maluri, semalam.
Nurul Hidayah Che Had, 28, ketika itu tidak mengetahui bahawa mangsa adalah ibunya, Siti Selamah Napiah, 54, sewaktu ditahan oleh seorang anggota polis kerana memakai uniform TESCO yang sama, memetik laporan Harian Metro.
“Pada mulanya, saya takut berbuat demikian dan bertanya kepada anggota polis itu sama ada mangsa adalah seorang lelaki atau wanita. Polis kemudian memberitahu mangsa adalah seorang wanita dan menyerahkan kad pekerja sebelum mendapati ia adalah milik ibu saya,” ujarnya.
Nurul yang melihat jenazah ibunya dilihat terus meraung dan terduduk kerana terlalu terkejut dengan kejadian itu.
Mangsa dipercayai dirempuh kenderaan sewaktu sedang melintas jalan sendirian selepas turun daripada bas.
“Selepas turun dari bas, ibu akan berjalan selama 30 minit untuk tiba di tempat kerja. Hari ini (semalam) ibu masuk kerja jam 6 pagi dan saya masuk kerja jam 8 pagi. Ibu saya bekerja di pasar raya ini sejak dua tahun lalu dan pernah bekerja lebih 17 tahun di beberapa rangkaian pasar raya JUSCO di sekitar ibu negara,”jelasnya.
Siasatan kini sedang dijalankan bagi mengesan pemilik kenderaan berkenaan melalui nombor pendaftaran yang ditemui di lokasi kejadian.
sumber
Video Sedih Anak Meraung Lihat Jenazah Ibu
Reviewed by Admin
on
7:21:00 PG
Rating: