Kematian Ariel Sharon dan Ramalan Kedatangan Al-Masih



VIVAnews - Kematian Ariel Sharon mengisahkan kisah mistik dan ramalan dari Yitzhak Kaduri, rabbi terkemuka umat Yahudi di Israel. Kaduri beberapa bulan sebelum Sharon jatuh koma mengatakan, Al-Masih tidak akan datang selama Sharon masih hidup.

Seperti diulas oleh web WND Faith minggu lalu, Kaduri yang juga dianggap orang suci oleh Yahudi ini mengaku didatangi oleh Al-Masih atau Sang Penyelamat pada tahun 2006, beberapa waktu sebelum kematiannya.

Menurut pemuka Yahudi dari mazhab Sephardic Haredim ini, Al-Masih mengatakan bahawa dirinya tidak akan turun ke bumi sampai Sharon meninggal. Dua bulan setelah ramalan tersebut Sharon jatuh koma dan Kaduri meninggal di usia 108 tahun.

Lapan tahun kemudian, Sabtu lalu, Sharon meninggal dunia. Kaduri tidak menyebutkan waktu dan tempat yang spesifik soal kedatangan Al-Masih. Hanya dikatakan "setelah kematian Sharon".

Sebelum meninggal, rabbi kelahiran Baghdad, Irak, pada Kekhalifahan Ottoman ini meninggalkan catatan tertutup yang mengungkapkan nama dari Al-Masih yang ditunggu-tunggu tersebut. Setahun setelah kematiannya, catatan itu diteliti dan dipastikan kesahihannya oleh para pengikut yang hampir dengan Kaduri.

Lantas catatan itu dikeluarkan di web Kaduri. Dalam ramalannya, Kaduri mengatakan bahawa Al-Masih nantinya bernama Yehoshua atau dalam bahasa Inggerisnya, Yesus.

Ramalan ini bertentangan dengan ajaran Yahudi yang mengatakan bahawa Al-Masih adalah Ben David, putera keturunan Daud, yang menurut mereka akan mengalahkan pasukan Ya'juj dan Ma'juj.

Tidak lama kemudian, catatan itu ditarik dari web Kaduri. Keluarganya dan pengikutnya mulai membantahnya dengan mengatakan bahawa catatan itu palsu dan dibuat-buat.

Namun, ramalan ini membuat tanda tanya umat kristian. Carl Gallups, seorang paderi asal Amerika dan bekas polis mengulas soal ramalan Kaduri ini dalam bukunya yang juga diangkat dalam filem dokumentari berjudul “The Rabbi Who Found Messiah: The Story of Yitzhak Kaduri and His Prophecies of the Endtime.”

"Semua yang meneliti ramalan Kaduri mentafsirkan bahawa Al-Masih akan muncul setelah kematian Sharon. Hal ini diperkuat faktanya, bahawa beberapa tahun sebelum kematiannya, Kaduri membuat beberapa pernyataan soal kedatangan Al-Masih," tulis Gallups yang menentang ramalan tersebut.

Mengikut Ajaran Islam


Dalam agama Islam, yang disebut Al-Masih oleh orang Kristiani 
adalah Nabi Isa yang disebut Yesus . Dalam beberapa hadits dikatakan bahawa Nabi Isa akan muncul di akhir zaman setelah turunnya Imam Mahdi.

Nabi Isa menurut Nabi Muhammad shallahu 'alaihi wassalam akan membunuh Dajjal dan memerangi Ya'juj dan Ma'juj, makhluk perusak. Kedatangan Nabi Isa juga merupakan pertanda akan tibanya hari kiamat.



Kematian Ariel Sharon dan Ramalan Kedatangan Al-Masih Kematian Ariel Sharon dan Ramalan Kedatangan Al-Masih Reviewed by Admin on 11:34:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.