Pasangan Yang Ditahan Di Sweden Menceritakan Keadaan Sebenar



Kata-kata hikmat “Sayang anak ditangan-tangankan” bukan lagi menjadi sesuatu pegangan yang baik kalau berada di negara orang, terutama di Sweden.

Ini kerana sebarang sentuhan yang dianggap sebagai pukulan atau memberi tekanan emosi, akan membawa padah bagi kedua-dua ibu bapa dan kanak-kanak.

“Kanak-kanak adalah tanggungjawab masyarakat di sini,” kata pemandu teksi yang membawa kami di Stockholm.

Sweden negara pertama memperkenalkan pengharaman secara rasmi terhadap hukuman kor-poral pada 1979, diikuti beberapa negara lain di rantau ini.

Tak dibenar tampar

“Kami tidak dibenarkan menampar mereka, malah tidak dibenarkan mengangkat tangan pun. Kalau kanak-kanak itu ada masalah, kami akan cuba membincangkan masalah terbabit untuk menyelesaikannya. Jiran dan guru juga bertanggungjawab untuk membuat laporan, jika mengesyaki kanak-kanak dipukul atau didera secara emosional,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara masyarakat Sweden dan rakyat Malaysia yang bermastautin di Stockholm membesarkan anak mereka, saya menemui beberapa keluarga di sini.
Betul seperti kata pepatah ‘masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek.’

Sejak datang bekerja dan menetap di Stockholm, Pengurus Projek Electrolux, Zainal Abu Khair dan isterinya, Aryati Anuar, banyak belajar dengan mendengar dan melihat persekitaran mereka.

Zainal menceritakan pengalaman menyaksikan peristiwa di sebuah kedai permainan.

“Seorang kanak-kanak menjerit-jerit dan berguling di atas lantai kerana mahukan permainan. Semua orang di kedai itu memerhatikannya. Bapanya dengan tenang memberitahu mengapa permainan itu tidak boleh dibeli.

“Walaupun kanak-kanak itu berusia tiga tahun, bapanya bercakap seperti dengan orang dewasa,” katanya. - bharian

Pasangan Yang Ditahan Di Sweden Menceritakan Keadaan Sebenar Pasangan Yang Ditahan Di Sweden Menceritakan Keadaan Sebenar Reviewed by Admin on 11:35:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.