Mohamed Azmin berkata, tidak ada mana-mana menteri Kabinet ketika itu berani melawat bekas ketua pembangkang itu di kediamannya selepas dipecat, melainkan Muhyiddin yang sebelum ini dalam Umno bersama-sama Anwar dalam 'team wawasan'.
“Kita jangan lupa Tan Sri Muhyiddin bersama Datuk Seri Anwar pada 2 September 1998. Hari ini 2 September iaitu tarikh keramat Anwar dipecat daripada timbalan perdana menteri.
“Atas prinsip dan persahabatan, walaupun Datuk Seri Anwar dipecat, beliau (Muhyiddin) berani tampil ke rumah Anwar menyampaikan salam dan bertemu dan mendoakan agar beliau (Anwar) tabah mengharungi ujian dan cabaran,” katanya ketika berucap pada Sesi Minum Petang dan Ramah Mesra bersama Masyarakat di Hay Resort, di sini.
Justeru, katanya, tiada sebab PKR atau mana-mana kepimpinan parti pembangkang lain tidak bersama Muhyiddin kerana Presiden Bersatu itu dipecat bukan kerana merompak atau rasuah sebaliknya ingin membela negara dan rakyat keseluruhannya.
Timbalan Presiden PKR itu turut yakin dengan pengalaman dan ketokohan serta kewibawaan, Muhyiddin mampu membawa kebangkitan rakyat untuk bersama-sama dengan parti pembangkang lain dalam PRU-14 nanti.
“Saya kira peranan Tan Sri amat penting dalam PRU-14 ini. Kita tak tahu sama ada Bersatu akan diluluskan atau pun tidak, namun itu bukan pertimbangan kita pada hari ini… Ayuh! kita bersatu atas tekad dan azam yang satu untuk selamatkan dan memulihkan ekonomi negara,” katanya.
Mohamed Azmin turut berharap agar rakyat di negeri ini khususnya di Sabak Bernam menerima hakikat bahawa mereka perlu bersatu bagi menumbangkan BN.
“Saya kira ini bukan soal dendam kesumat.
"Saya yakin bahawa rakyat hari ini memerlukan kepimpinan yang jujur dan bertanggungjawab bagi memimpin negara dan rakyat bagi menyelamatkan ekonomi dan kepimpinan di peringkat Putrajaya yang sudah rosak dan tidak lagi berada di landasan sebenar,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Azmin Dedah Perilaku Muhyiddin Ketika Anwar Dipecat Daripada Timbalan PM
Reviewed by Admin
on
11:20:00 PG
Rating: