Difitnah Isu Punca Batal Perkahwinan, Hafiz Tampil Buat Penjelasan Sebenar



SHAH ALAM: Ahli Perniagaan, Mohamed Hafiz Badiuzzaman yang sebelum ini dikatakan akan bernikah dengan pengacara terkenal Fara Fauzana, menafikan status perkahwinannya menjadi punca ia dibatalkan.

Menafikan laporan sebuah akhbar tempatan sebelum ini, Mohamed Hafiz, 30, berkata beliau tidak pernah bernikah dan status perkahwinan itu tidak pernah dirahsiakan daripada Fara.

"Status perkahwinan saya bukan alasan pernikahan saya dibatalkan oleh Fara Fauzana."Alasan mengapa perkahwinan itu dibatalkan hanya diketahui oleh Fara," katanya dalam satu kenyataan media berbahasa Inggeris yang dikirim melalui aplikasi WhatsApp pagi ini.

Pada masa sama, Mohamed Hafiz berkata, penerbitan dakwaan berbentuk fitnah tanpa mendapatkan pengesahan itu menyebabkan keaiban tidak dapat dipulihkan kepada nama baiknya dalam masyarakat serta komuniti perniagaan.

Katanya, ia juga menyebabkan tekanan emosi yang tidak sepatutnya dan kerugian kepada beliau serta ahli keluarga terdekat.

"Saya juga ingin menyatakan ada beberapa perkara tidak tepat dan spekulasi yang dilaporkan oleh banyak media cetak dan media atas talian.

"Pertama, saya tidak menghadiri sidang media (bersama Fara) berdasarkan kepada persetujuan bersama dengan Fara. Ia dilakukan untuk melindungi privasi saya dan keluarga saya.

"Satu lagi perkara tidak tepat ialah usia saya. Sebelum ini dilaporkan saya berusia 38 tahun dan ini tidak benar. Saya hanya berusia 30 tahun, tahun ini," katanya.

Mohamed Hafiz berkata, selain itu, ada beberapa lagi perkara tidak tepat, sesetengahnya menjurus kepada fitnah, namun beliau tidak berhasrat untuk menyentuh perkara itu.

Katanya, beliau juga berharap pihak media dapat memberikan sedikit privasi kepadanya dan keluarga.

"Saya masih lagi cuba menenangkan diri daripada pembatalan perkahwinan saya sendiri. Ia sangat memberi kesan mendalam juga kepada saya," katanya.


Difitnah Isu Punca Batal Perkahwinan, Hafiz Tampil Buat Penjelasan Sebenar Difitnah Isu Punca Batal Perkahwinan, Hafiz Tampil Buat Penjelasan Sebenar Reviewed by Admin on 6:11:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.