Dimadukan.. Ini Jawapan Isteri Pertama Dr Khir Toyo



SHAH ALAM, 30 Ogos — Tiada apa yang mahu diungkapkan Zaharah Kechik selepas suaminya, Dr Mohamad Khir Toyo sah bernikah lagi pada Ahad.

Utusan Malaysia melaporkan Zaharah seolah-olah reda dengan tindakan suaminya berkahwin lagi dengan penjawat awam, Christine Zanitrah Abdullah.

“Minta maaflah, saya tiada apa-apa mahu diceritakan,” kata Zaharah dengan nada tenang ketika dihubungi akhbar itu.

Bekas menteri besar Selangor itu melangsungkan perkahwinan bersama Zanitrah, 39, berasal dari Pulau Pinang dalam satu majlis tertutup.

Zanitrah yang kini bertugas di Putrajaya dilaporkan memeluk Islam pada April.

Perkahwinan pertama Dr Khir bersama Zaharah pada 1990 dan mereka dikurniakan seorang anak. Pasangan itu turut mempunyai lima anak angkat.

Sumber: http://www.themalaymailonline.com/

Dimadukan.. Ini Jawapan Isteri Pertama Dr Khir Toyo Dimadukan.. Ini Jawapan Isteri Pertama Dr Khir Toyo Reviewed by Admin on 10:36:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.