Menurut Syed Saddiq, beliau telah menjelaskan dakwaan itu sebelum ini namun selepas memegang jawatan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diluluskan pendaftarannya, minggu lalu, isu itu dibangkitkan semula.
“Isu ini telah lama senyap tapi yang kelakarnya dibangkitkan semula sebaik sahaja saya memegang jawatan penting dalam Bersatu sedangkan saya sudah pun mengeluarkan kenyataan menerangkan isu ini.
“Sekali lagi saya jelaskan bahawa gambar itu diambil pada tahun 2012 ketika pengumuman kalah mati pertandingan debat. Gambar itu telah disunting. Pada waktu itu, ada pegawai pengiring dari UIAM dan pelajar lain dari universiti-universiti lokal. Kebanyakan gambar yang viral juga gambar palsu dan bukan gambar saya,” katanya dalam satu kenyataan.
Gambar Syed Saddiq dipercayai sedang berhibur tersebar sebelum ini selepas bekas Pendebat Terbaik Asia itu dilihat lantang bersuara.
Dalam pada itu beliau menyifatkan tindakan penyebaran gambar lamanya itu tidak akan mampu melemahkannya.
“Sepatutnya sekarang, semua dah patut tahu bahawa taktik sebegini tak akan berjaya untuk menakut-nakutkan saya. Kalau rasuah gred A pun saya tolak, lagikan pula ugutan macam ini,” katanya.
Akui bukan Muslim yang sempurna namun Syed Saddiq menegaskan, masa lalu tidak mendefinisikan siapa dirinya pada masa depan.
“Seperti yang saya kata sebelum ini, saya bukan manusia yang sempurna. Saya juga bukan Muslim yang sempurna.
“Saya seperti manusia yang lain, pernah melakukan kesilapan. Tapi masa lalu tidak mendefinisikan siapa saya sekarang. Saya akan terus mara ke depan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Tuduhan Kaki Disko Dibangkit Lagi, Ini Jawapan Syed Saddiq
Reviewed by Admin
on
10:42:00 PG
Rating: