Langgar Baiah, Status Perkahwinan Dr Hatta Akhirnya Diputuskan



KOTA BHARU: Perkahwinan antara Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan isterinya, sah gugur talak tiga selepas melanggar baiah yang dilafazkan sebelum ini, kata Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad.

Daud berkata, perkahwinan itu tidak boleh dirujuk semula melainkan isteri kepada Dr Hatta itu berkahwin dengan individu lain dan kemudian bercerai.

"Perkara itu berlaku berdasarkan kandungan baiah (yang dilafazkan). Memandangkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri, mereka tidak boleh lagi tinggal bersama," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Daud meminta pasangan terbabit hadir ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan status mereka.

"Sehingga kini, Dr Hatta dan pasangannya belum mendaftar mengenai status perkahwinan mereka di Mahkamah Syariah," katanya.

Sumber: bharian.com.my

Langgar Baiah, Status Perkahwinan Dr Hatta Akhirnya Diputuskan Langgar Baiah, Status Perkahwinan Dr Hatta  Akhirnya Diputuskan Reviewed by Admin on 6:08:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.