'Kepada Pemandu Lori Sweetie BNM9967, Saya Doakan Kamu Murah Rezeki'



Seringkali di FB, banyak perkara yg dikongsi dan diviralkan berkenaan dengan sifat pentingkan diri sendiri, sombong, ambil hak orang lain dan sebagainya.

Hari ini, izinkan saya berkongsi kisah manis yang terjadi pada petang tadi. Lebih manis, di hari ulangtahun kelahiran saya dan hari pertama anak sulung saya, Aisyah mula bersekolah.

Hujan lebat turun di sekitar Shah Alam petang tadi. Saya keluar dari perkarangan sekolah anak di Setia Alam lebih kurang jam 3.50 ptg. Hujan masih lebat. Tidak lama keluar dari susur Setia Alam menuju ke Bukit Raja, kenderaan semakin bergerak perlahan hingga sampai saat tidak bergerak langsung. Kalau bergerak pun, mungkin 1 langkah dewasa sahaja.


Saya post di Shah Alam Residents's Group, bertanyakan jika ada yg tahu kenapa trafik begitu teruk. Rupanya ada kemalangan, treler melintang sebelum tol Bukit Raja. Semua lorong ditutup.

Di dalam kereta ada Bonda saya, Aisyah dan anak kedua, Khadeeja. Khadeeja sudah lena. Aisyah mengadu lapar. Mungkin penat dan keletihan selepas hari pertama sekolah. Saya minta beliau bersabar. Beliau sudah mula merengek.

Kebetulan lori roti Sweetie di depan. Dalam hujan yg masih agak lebat, saya keluar dari kereta dan pergi ketuk tingkap lori belah pemandu, bertanya, "Boleh tak saya nak beli roti, anak saya lapar" Dia suruh saya tunggu dalam kereta, beliau hantarkan.

Beliau datang berikan 2 jenis roti. Saya hulur duit RM20 nak bayar, beriya beliau tak mahu ambil duit tersebut. "Takpe Kak. Saya bagi." Akhirnya saya mengalah dan ucapkan terima kasih.

Allahu...sungguh terharu betul.

Aisyah kegembiraan dapat makan roti. Saya benar-benar doakan beliau dikurniakan rezeki yg berlimpah ruah dan dilindungi perjalanan sepanjang beliau bekerja.

Anak-anak, Bonda dan saya sendiri dapat alas perut dgn roti yg diberikan selama sejam terperangkap dalam trafik tak bergerak (atau mungkin lebih dari sejam).


Adik, pemandu lori Sweetie BNM 9967, saya doakan agar segala urusan kamu dipermudahkan sebagaimana kamu telah memudahkan urusan saya dan menggembirakan hati anakanda saya.

1 September 2016.

Sungguh, inilah hadiah hari lahir yang akan saya ingat sampai bila-bila.

Kawan saya bertanya, "macam.mana saya boleh terfikir nak keluar dari kereta dan ketuk lori depan?"

"Entah...saya pun tidak tahu bagaimana saya boleh terfikir begitu. Mungkin saya dah mula rimas Aisyah merengek bila lebih dari 20 kali sebut perkataan lapar 😑😑😑. Saya beritahu pada Bonda bila Bonda kata "entah2 dia kena hantar je kot, takde lebih." 

Saya jawab, "tak cuba, tak tahu. Kalau tak boleh takpe, kalau dia boleh bagi beli, rezeki Kakak."

Alhamdulillah. 

Roti kaya pandan dan roti Mexico perasa kopi. Terbaik.

Masa Matriks dulu, saya ketagih beli roti Sweetie inti coklat 😁.

Saya akan hubungi majikan beliau secepat mungkin sebagai tanda penghargaan.

- Nurul, Shah Alam -

'Kepada Pemandu Lori Sweetie BNM9967, Saya Doakan Kamu Murah Rezeki' 'Kepada Pemandu Lori Sweetie BNM9967, Saya Doakan Kamu Murah Rezeki' Reviewed by Admin on 8:02:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.