3 Sebab Kenapa Orang Tidak Waras Sihat



Perkara ini jarang difikirkan oleh kita semua... namun itulah hakikatnya kenapa orang tidak waras (gila) selalu sihat. Untuk itu moh kita berfikir dan mencari jawapanya. Mengapa orang gila tidak pernah atau jarang sakit dan mungkin fakta dibawah ini adalah beberapa versi jawapan dari pertanyaan tersebut.

Yang pertama 
Orang gila tidak pernah sakit kerana tidak berfikir macam-macam. Memakan apa sahaja makanan yang boleh makan. Tidak seperti kita selalu banyak pilihan, sudah ada nasi goreng masih mencari ayam goreng, dah ada sorang nak tambah sorang lagi hehehe... dan masih banyak contoh yang lainya.

Yang kedua 
Orang gila itu selalu qona'ah atau menerima apa-apa sahaja pemberian daripada Allah. Tidak pernah menuntut macam - macam. Tidak seperti kita, yang sudah punya basikal ingin motor. Sudah ada motor nak ke kereta pulak, sudahnya hutang keliling pinggang terkumpul dan akhirnya membuat seseorang terlalu banyak fikiran dan jatuh sakit. 

Yang ketiga 
Orang gila itu selalu bahagia, buktinya mereka selalu nampak tersenyum... betol tak? ... hehehe. Orang yang selalu tersenyum pasti hatinya bahagia dan damai. Semuanya ceria sentiasa. Kalaupun ada masalah, dia menganggap itu hanyalah sebagai hiburan yang menyenangkan. Sememang dia nampak ceria sentiasa dan selalu gembira dan tersenyum. 

Moralnya yang boleh kita pelajari dan boleh kita ambil perhatian agar kita selalu sihat jadilah "Orang Gila" hehehe... .. tapi jangan berfikir negative dulu, maksudnya jadilah manusia yang Qona'ah atau menerima apa yang diberikan oleh Allah kepada kita, tak usah nak berangan macam-macam kalau memang kita tidak mampu. Selalu tersenyum agar hati kita bahagia, mudah - mudahan dengan begitu akan membuat kita selalu sihat.

sumber

3 Sebab Kenapa Orang Tidak Waras Sihat 3 Sebab Kenapa Orang Tidak Waras Sihat Reviewed by Admin on 4:30:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.